Majlis Presiden Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia

  1. Majlis Presiden BERSATU adalah badan eksekutif yang mengelola hal ehwal pengurusan dan pentadbiran parti.
  2. Keanggotaan Majlis Presiden terdiri daripada :
    1. Presiden
    2. Timbalan Presiden
    3. 5 orang Naib Presiden termasuk Ketua Srikandi dan Ketua Armada
    4. Setiausaha Agung
    5. Bendahari Agung
    6. Ketua Penerangan
  3. Tanggungjawab Majlis Presiden :
    1. Mengelola perjalanan pengurusan dan pentadbiran parti.
    2. Mewujudkan sebarang jawatankuasa bagi tujuan melicinkan perjalanan pengurusan dan pentadbiran parti.
    3. Melaporkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi mengenai hal ehwal pengurusan dan pentadbiran parti.
    4. Membantu Majlis Pimpinan Tertinggi melaksanakan semua tanggungjawabnya.
  4. Mesyuarat Majlis Presiden dipengerusikan oleh Presiden parti dan pada masa ketiadaannya boleh dipengerusikan oleh Timbalan Presiden. Pada masa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden, salah seorang Naib Presiden boleh mempengerusikan mesyuarat.
  5. Majlis Presiden hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam dua (2) bulan.
  6. Mesyuarat Majlis Presiden hendaklah diadakan tiap-tiap kali sebelum Majlis Pimpinan Tertinggi bermesyuarat.
  7. Cukup bilang bagi mesyuarat ialah satu perdua (1/2) daripada jumlah Ahli Majlis Presiden.

Rujukan

WikiPedia: Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/berita-politik/ros-akan-... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.bharian.com.my/node/181438 http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/... http://www.sinarharian.com.my/politik/muhyiddin-mu... http://www.themalaysiantimes.com.my/ros-ppbm-dibub... http://www.pribumibersatu.org.my https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/ https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/vi...